
Menurut pihak berkuasa Korea Selatan, ia dilancarkan ke arah Laut Jepun di bahagian timur semenanjung itu, dipercayai sebagai amaran di sebalik latihan ketenteraan bersama antara Amerika Syarikat dan Korea Selatan.
Agensi berita Yonhap dari Korea Selatan melaporkan, peluru berpandu itu dilancarkan pada 7.36 pagi waktu tempatan (6.36 pagi di Malaysia) dan kemudian jatuh ke dalam laut.
Pyongyang sebelum ini mengancam akan melancarkan peluru berpandu sebagai reaksinya terhadap latihan tentera 2 bulan “Foal Eagle” melibatkan Seoul dan Washington.
Perang mulut antara kedua-dua Korea itu akhir-akhir ini semakin hangat, di sebalik pembunuhan Kim Jong Nam, abang tiri diktator Korea Utara Kim Jong Un, di Malaysia bulan lalu.
Korea Utara menuduh jirannya mengapi-apikan situasi dan mempengaruhi pihak berkuasa Malaysia.
Sabtu lalu, Malaysia mengarahkan Korea Utara mengosongkan kedutaannya di Kuala Lumpur, selepas beberapa siri tuduhan terhadap Putrajaya.