
Hakim Zarifah Zainal Abidin menjatuhkan hukuman itu selepas Shamizal Shamsuddin, 32, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu terhadap mangsa di sebuah sungai di Batu Caves di sini pada 1.05 petang, 26 Feb lepas.
Mahkamah memerintahkan tertuduh, yang masih bujang, menjalani hukuman penjara itu daripada tarikh dia ditangkap pada 26 Februari lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh yang baru 3 bulan bekerja di syarikat ibu mangsa bekerja, membawa mangsa ke sebuah tempat mandi dan mengarahkan mangsa membuka seluarnya.
Tertuduh juga mengugut mangsa bahawa dia akan memukulnya jika memberitahu perkara itu kepada keluarganya tetapi mangsa memberitahu ibunya sebelum pengecaman dilakukan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shahida Wan Omar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.