
Beliau menegaskan anggotanya harus mempamerkan penampilan yang segak dan gagah bagi menimbulkan keyakinan masyarakat terhadap kemampuan anggota tentera darat.
Justeru, katanya Program Menurunkan Berat Badan Peringkat Briged Ke-31 Infantri 2017 dianjurkan dalam usaha untuk memperkasa bentuk fizikal anggota.
Program selama 3 bulan bermula 1 Mac itu juga bertujuan mengelak anggota mengambil jalan pintas dalam mengurangkan berat badan dengan mengambil ubat atau bahan yang boleh memudaratkan kesihatan, katanya semasa merasmikan program itu, di sini, hari ini.
Fadzil berkata, ia juga bertujuan menyemai kaedah tatacara dan diet pemakanan yang betul dalam kalangan anggota dalam proses menurunkan berat badan.
Menerusi program itu kaedah senaman fizikal yang diterapkan menumpukan kepada kesihatan kardiovaskular iaitu aktiviti berjoging, larian, aerobik, berenang dan aktiviti lasak.
Beliau berharap semua peserta program menggunakan peluang sebaik mungkin dalam usaha menurunkan berat badan masing-masing.
“Adalah menjadi harapan dan aspirasi pucuk pimpinan tentera darat amnya untuk melihat program ini mencapai objektif,” tambahnya.