
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang, Zailani Isausuludin mendakwa perkara itu disahkan GPST.
“Berdasarkan maklumat kita dapat mereka (GPST) tutup pintu dan tidak akan buka untuk berbincang dengan pemandu, tapi apa yang kami tahu mereka sudah tandatangan perjanjian,” katanya kepada FMT.
Bagaimanapun, Setiausaha GPST, Valarie Chan menafikan wujud sebarang perjanjian muktamad.
“Perkara itu belum diputuskan lagi dan saya tidak tahu perkembangan seterusnya,” kata Chan yang enggan mengulas lanjut ketika dihubungi FMT.
Zailani berkata pihaknya bersetuju menerima kerjasama dengan Uber sekiranya dibuat secara telus tanpa menindas pemandu dan mematuhi peraturan pengangkutan awam.
“Kalau mereka patuh undang-undang, apa salahnya kita sokong, tapi bagaimana mereka kata mereka menghormati undang-undang sedangkan mereka tidak membawa dalam perbincangan secara menyeluruh dengan pemandu?” katanya.
Semalam, lebih 200 pemandu teksi berhimpun di Parlimen membantah Uber dan Grab selepas 3 memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak terjawab.
Bantahan itu dibuat berikutan undang-undang berkaitan perkhidmatan perkongsian kenderaan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 714) dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334), yang dijangka dibentangkan tahun ini.
3 memo kepada PM tak terjawab, teksi demo lagi, temui pembangkang