Dewan Rakyat lulus RUU Perbekalan Tambahan (2016) 2017

Dewan Rakyat lulus RUU Perbekalan Tambahan (2016) 2017

Perbelanjaan tambahan turut melibatkan SPR dengan perbelanjaan sebanyak RM62,780,000

parlimen-malaysia-dewan-rakyat
KUALA LUMPUR:
Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2016) 2017 selepas dibahaskan dalam peringkat jawatankuasa.

Rang Undang-undang itu memperuntuk wang tambahan sebanyak RM3.081 bilion kepada beberapa kementerian sebagai perbelanjaan mengurus tambahan untuk perkhidmatan dan RM987,761,174 sebagai perbelanjaan pembangunan tambahan pertama 2016.

Sebahagian besar perbelanjaan mengurus itu meliputi Kumpulan Wang Terkanun sebanyak RM2,248,437,560, Kementerian Pendidikan (RM297,960,000); Kementerian Pengangkutan (RM215,709,466); Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (RM128,000,000); Kementerian Kesihatan (RM104,400,000) dan Kementerian Luar (RM24,126,000).

Selain itu, perbelanjaan tambahan itu turut melibatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan perbelanjaan sebanyak RM62,780,000.

Rang undang-undang itu dibentang Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, Selasa lepas.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.