Interpol: Penahanan suspek pembunuhan Jong Nam masih di tahap merah

Interpol: Penahanan suspek pembunuhan Jong Nam masih di tahap merah

Zahid berkata kerajaan menyerahkan kepada kebijaksanaan Interpol untuk menilai dan menguruskan isu berkenaan

zahid-interpol
KOTA MARUDU:
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata notis permintaan Malaysia bagi penahanan 4 suspek yang dikaitkan dengan pembunuhan Kim Jong Nam, kepada Interpol masih pada tahap merah.

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kerajaan Malaysia menyerahkan kepada kebijaksanaan Interpol untuk menilai dan menguruskan isu berkenaan.

“Saya berpendapat, presiden Interpol yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri China Meng Hongwei akan mengarahkan Pengarah Eksekutif Interpol Jargon Stock bagi menangani isu itu berasaskan prosedur operasi standard (SOP) dan bantuan undang-undang bersama (MAL).

Zahid bercakap kepada pemberita selepas majlis perasmian serentak Persidangan Cawangan-Cawangan Umno bersama Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Kota Marudu hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) yang juga Anggota Parlimen Kota Marudu Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Pada 16 Mac lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis Malaysia menerima “Interpol Red Notice” daripada Interpol bagi penahanan 4 suspek kes pembunuhan Jong Nam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.