
Dalam satu kenyataan hari ini. Lim berkata kenyataan Datuk Seri Najib Razak pada minggu lalu berhubung banyak pelabur asing keluar dari negeri itu, walaupun Lim sering menyatakan Pulau Pinang ialah destinasi pilihan.
Katanya, angka kerajaan persekutuan meletakkan Pulau Pinang sebagai destinasi ketiga paling berjaya bagi pelaburan langsung asing (FDI) selepas Johor dan Sarawak.
“Jika Pulau Pinang bermasalah, maka 11 lagi negeri lebih bermasalah,” katanya.
Lim berkata statistik daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) menunjukkan Pulau Pinang berkembang sebagai negeri ketiga di Malaysia bagi FDI dari 2008 hingga 2016, dengan nilai RM41.55 bilion.
Negeri itu hanya tewas kepada Johor yang memperoleh RM55.75 bilion dan Sarawak (RM48.37 bilion).
“Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak berminat untuk main politik dengan perdana menteri berhubung FDI.
Lim berkata Pulau Pinang akan bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan untuk menarik lebih banyak FDI, terutama dalam pembuatan elektrik dan elektronik, serta industri perkhidmatan digital.
Najib pada Khamis lalu berkata pemimpin pembangkang selalu memburukkan negara ketika lawatan mereka ke luar negara, tanpa membawa pulang perniagaan berpotensi untuk melabur di Malaysia.
Beliau melabelkan pembangkang sebagai “pengkhianat ekonomis” kerana mereka menyebabkan pelabur keluar dari Malaysia, berbanding dirinya dan ahli Kabinet lain yang ke luar negara dan kemudian balik bawa pelabur.
Beliau berkata ketika kerajaan BN membawa masuk banyak pelabur, Lim kata negara dijual pada warga asing.
“Suatu masa dulu, Lim dengan bangganya berkata Pulau Pinang ialah destinasi pilihan pelabur asing. Hakikatnya, ramai pelabur sudah tinggalkan Pulau Pinang,” kata Najib menerusi posting di blognya bertajuk “Fokus Lawatan Kerja Ke Luar Negara”.
“Lim pula mengubah rentak bicaranya dan penyokongnya menuduh bahawa kita menjual negara apabila banyak pelaburan asing masuk ke Malaysia,” katanya.
Najib berkata jika mengikut logik Lim, rakyat Malaysia juga perlu disalahkan kerana melabur hampir RM570 juta di luar negara.
“Mengikut logik yang diguna pakai pembangkang, saya tertanya-tanya negara mana yang jual maruah dan kedaulatan mereka kepada Malaysia?” katanya.