
Bercakap di majlis anjuran Boycott, Divestment & Sanction (BDS) Malaysia, cawangan tempatan kempen boikot rejim Zionis sejagat, anak kepada ibu bapa mangsa Holokus ini berkata kedua-dua masyarakat perlu dididik untuk mengatasi andaian antara mereka.
“Orang Yahudi dan orang Islam mempunyai hubungan yang sangat rumit kerana situasi Palestin-Israel,” katanya, dan menambah tidak betul mengatakan semua Yahudi tidak menyukai orang Islam dan sebaliknya.
“Mereka perlu dididik untuk mengatasi andaian rasis seperti itu. Orang Islam dan orang Palestin bukan punca konflik Palestin.
“Ada masalah politik yang kita perlu faham. Kita perlu mengambil kira semua perkara, dan tugas kita adalah membantu menjelaskan punca sebenar masalah, dan tidak dimanipulasikan propaganda,” kata Slevak kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah bertajuk “Penyelesaian kepada Konflik Israel-Palestin – Cadangan daripada ahli akademi Yahudi sekular.”
Tiada semua Yahudi sokong Israel, tapi…
Slezak tidak bersetuju dengan pandangan mendakwa semua Yahudi menyokong kekejakan Israel terhadap orang Palestin.
“Malangnya, Yahudi bertindak atas nama semua Yahudi.
“Oleh itu, orang Yahudi mempunyai tanggungjawab untuk bangkit, membantah pencabulan nama mereka dan saya, sebagai seorang Yahudi, membantah Israel melakukan jenayah dan mencuri tanah untuk kami, untuk orang Yahudi,” kata Slezak. “Tetapi mereka tidak melakukan bantahan secukupnya.”
Beliau berkata Israel dan agama Yahudi 2 entiti berbeza, kekeliruan yang diburukkan oleh sikap membisu masyarakat Yahudi dalam konflik Palestin.
“Dari satu segi, mereka (orang Yahudi) akan memalingkan muka, mendiamkan diri apabila Israel melakukan perkara yang dahsyat terhadap orang Palestin,” kata Slezak, yang bersama mengasaskan kumpulan Suara Yahudi Australia Bebas, dan ahli Jaringan Sokongan Australia-Palestin.
“Saya melawan persatuan masyarakat Yahudi Australia yang ternama, dan kami selalu mempersoalkan kebisuan mereka.
“Dari satu segi, mereka mengkritik dan mencerca orang Yahudi yang bersuara,” katanya.
Beliau berkata ada kecenderungan dalam kumpulan Yahudi untuk menepis orang Yahudi yang menentang Israel sebagai “membenci diri sendiri” dan oleh itu “tidak perlu diambil serius”.
Slezak mengingatkan peraturan utama dalam agama Yahudi, iaitu “Jangan melakukan sesuatu yang kamu benci pada orang lain”.
“Kita semua perlu pegang prinsip sejagat itu.”