Bekas datuk bandar mahu namakan ‘Jalan Bernama’ di KL

Bekas datuk bandar mahu namakan ‘Jalan Bernama’ di KL

Tan Sri Elyas Omar berkata nama sesuatu jalan menunjukkan penghargaan atas sumbangan individu atau organisasi kepada negara.

Elyas-Omar-jalan-tun-razak
KUALA LUMPUR: Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Elyas Omar menyifatkan cadangan penukaran nama Jalan 1/65A off Jalan Tun Razak kepada ‘Jalan Bernama’ adalah relevan dan tepat.

Beliau berkata nama sesuatu jalan menunjukkan penghargaan ataupun tanda ingatan atas sumbangan dan juga khidmat bakti yang diberikan oleh individu atau organisasi kepada negara.

“Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia) berkhidmat menyampaikan maklumat yang tepat dan benar kepada rakyat sejak penubuhannya pada 1967, bila ia dilaporkan Bernama kita tahu ia berita yang sahih,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Elyas menjelaskan nama jalan yang menggunakan nombor dan abjad kebiasaannya digunakan hanya untuk sementara waktu sebelum mendapat nama yang lebih sesuai.

Penyelaras Jabatan Bandar dan Perancang Wilayah Universiti Malaya Dr Nikmatul Adha Nordin yang berpendapat penukaran nama baharu itu akan memberi makna dan identiti kepada jalan berkenaan.

Katanya is juga mampu mengurangkan kekeliruan orang ramai dan membantu dari segi pencarian jalan berdasarkan maklumat fizikal yang lebih jelas.

Wisma Bernama yang terletak di Jalan 1/65A off Jalan Tun Razak antara bangunan terawal didirikan di sekitar Jalan Tun Razak pada 1980-an.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.