
Lebih-lebih lagi apabila warga digital (lahir selepas 2000) mula menyertai tenaga kerja.
Berdasarkan dapatan Laporan Tempat Kerja Asia 2020, Microsoft berkata: “Lebih dari separuh responden (71%) menghargai integrasi kerja dan kehidupan hari ini, di mana sempadan antara keduanya menjadi samar tetapi membolehkan profesional bergerak bekerja dan berusaha sama di dunia maya.”
Kajian juga mendapati majikan di Malaysia tidak rasa berdaya untuk mendakap tuntutan tempat kerja digital.
Menurut kajian itu 70% responden menganggap diri mereka pekerja bergerak dan sekurang-kurangnya 20% masa mereka berada di luar pejabat, sementara hanya 41% didayakan budaya dan pengurus organisasi untuk bekerja secara produktif dan usaha sama.
“Selain itu, hanya 32% responden bersetuju organisasi mereka mempunyai kesungguhan di peringkat kepimpinan untuk memastikan setiap kakitangan terlibat dalam usaha merapatkan jurang kemahiran digital dalam tenaga kerja.”
Kajian membabitkan 4,175 profesional bekerja dari 14 negara, termasuk 319 responden dari Malaysia, yang dijalankan antara Februari dan Mac. Kajian cuba memahami peralihan tingkah laku pekerja dan jurang di tempat kerja dari segi produktiviti, usaha sama dan amalan kerja anjal.
Melancarkan tinjauan bagi Malaysia, Ketua Pegawai Pemasaran dan Operasi Microsoft Malaysia Michal Golebiewski berkata: “Ketika Asia bersiaga menjadi pasaran paling terkait dengan lebih separuh dari semua perhubungan mudah alih berasal dari rantau ini menjelang 2021, organsasi perlu memikirkan semula bagaimana mendayakan tenaga kerja mereka dengan budaya, dasar, prasarana dan peralatan yang betul untuk memaksimumkan potensi mereka.”
“Ini bermakna membolehkan usaha sama dari mana-mana sahaja, menggunakan sebarang peranti. Bagaimanapun, pemimpin perniagaan mesti menilai dan melaksanakan perubahan untuk menangani halangan budaya dan pengurusan yang menghalang pekerja bekerja dengan lancar dari mana sahaja mereka berada, kerana jika tidak ia akan menghalang pertumbuhan dan kemajuan sesebuah organisasi di zaman digital.”
Kajian juga mendapati responden juga mencari peranti lebih baik untuk membantu mereka menjadi lebih produktif di tempat kerja.
“Oleh kerana sifat pekerjaan sudah berubah, bagaimana pekerja berusaha sama dan bekerja bersama juga akan terkesan. Maka, pemimpin perniagaan dan sumber manusia mesti mencari cara untuk mendayakan individu dengan lebih baik dan menghapuskan halangan usaha sama di zaman digital.
“Lebih-lebih lagi apabila kajian secara jelas mengenalpasti jurang boleh dirapatkan melalui teknologi. Bagaimanapun, perniagaan mesti juga menghubungkan jurang antara kepimpinan dan pekerja dengan tumpuan kepada insan dan budaya,” tambah Golebiewski.