Saya akan ganti puasa, kata bintang tenis selepas masuk pusingan ke-3 Grand Slam

Ons-JabeurPARIS: Ons Jabeur menjadi wanita Arab pertama yang mara ke pusingan ke-3 Grand Slam semalam, tetapi kini berdepan dilema di bulan Ramadan.

Gadis berusia 22 tahun dari Tunisia itu menduduki tempat ke-114 menewaskan pilihan ke-6 Dominika Cibulkova dari Slovakia dengan kemenangan 6-4, 6-3 di Terbuka Perancis, menempatkannya dalam undian utama sebagai “kalah bertuah” selepas dikalahkan dalam kelayakan.

Bagaimanapun, beliau berkata kejayaan tidak dijangka itu bermakna beliau perlu menangguhkan kewajipan berpuasa di bulan Ramadan sehingga pengembaraan Roland Garros berakhir.

“Saya tidak boleh beraksi tanpa makan atau minum tetapi selepas kejohanan itu saya akan ganti balik puasa, hari demi hari.

“Saya tidak dapat berpuasa sepanjang 30 hari tetapi saya ada masa untuk menggantinya sebelum Ramadan akan datang,” jelasnya selepas kejayaan pertamanya memenangi 10 pemain terbaik.

Jabeur yang tidak pernah memenangi perlawanan di kejohanan utama sebelum beliau ke Paris, kini memperbaiki mutu permainannya sebagai wanita Arab di kejohanan tenis.

Kejayaan itu pernah dibuat rakan senegara, Selima Sfar yang membuat pusingan ke-2 di Roland Garros sebanyak 2 kali, 3 kali di Wimbledon dan sekali di Terbuka Amerika Syarikat.

Jabeur merupakan juara wanita Terbuka Perancis pada 2011, seterusnya bertemu pilihan ke-30 Switzerland dan juara separuh akhir 2015, Timea Bacsinszky untuk mendapat tempat dalam 16 terakhir.

“Saya sangat gembira mara ke pusingan ke-3 Grand Slam buat kali pertama,” tambah Jabeur yang dengan bangganya mengibarkan bendera Tunisia di Stadium Tenis Suzanne Lenglen.

“Peminat di sini dan rakyat Tunisia benar-benar membantu saya.”

Jabeur memuji bantuan yang diterima daripada Sfar, seorang perintis tenis bagi wanita Arab.

“Beliau adalah inspirasi besar, beliau selalu datang membantu saya dan menyokong saya,” kata Jabeur yang menewaskan 30 pemenang termasuk Cibulkova.

Jabeur hanya berusaha ke undian utama apabila Laura Siegemund dari Jerman terpaksa menarik diri akibat kecederaan.

Gloria Pizzichini pernah “kalah bertuah” untuk meraih pusingan ke-3 di Paris pada 1996.

Nicole Jagerman dari Belanda pula satu-satunya “kalah bertuah” untuk membuat pusingan ke-4 di Paris pada 1988.

Dengan kemenangan Jabeur, beliau akan mendapat gaji lumayan dalam kerjayanya dengan 118,000 euro yang dijamin untuk pemain pusingan ke-3.

“Ini adalah peluang kedua bagi saya. Sekarang saya akan lakukan apa sahaja untuk saya kekal dalam bidang ini,” kata Jabeur yang berpangkalan di Paris.

Beliau percaya kemenangannya adalah langkah penting ke hadapan untuk tenis wanita di dunia Arab.

“Tunisia adalah negara yang sangat kecil tetapi saya rasa ia semakin besar sekarang,” katanya.

“Ia satu penghormatan untuk mewakili dunia Arab dan Afrika.”