Ku Nan sendiri tahu dia berbohong, kata Sivarasa

Ku Nan sendiri tahu dia berbohong, kata Sivarasa

Pemimpin PKR menjawab menteri wilayah persekutuan itu yang menuduhnya menyampaikan ucapan politik di masjid.

sivarasa-ku-nan
KUALA LUMPUR: Sivarasa Rasiah mengecam Tengku Adnan Mansor kerana menurutnya “secara sedar” berbohong dalam kontroversi mengenai kehadirannya di sebuah masjid di Subang minggu lalu.

“Dia masih nak ulang fakta salah iaitu saya buat ceramah politik (dalam masjid). Penjelasan saya sudah jelas sebelum ini.

“Dia sendiri tahu dia bercakap sesuatu yang tidak benar,” kata ahli Parlimen PKR itu ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini.

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan itu menyindir Sivarasa sebagai “ketagih politik” kerana sanggup berceramah politik dalam rumah ibadat.

“Inilah puak ketagih yang tak ada program, yang tak pernah jumpa rakyat, dia jadi ketagih. Bila ketagih mereka lakukan apa yang boleh menghilangkan ketagihan mereka,” kata Ku Nan.

Rabu lalu, gambar Sivarasa yang kelihatan menyampaikan ceramah di dalam Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang mencetuskan rasa tidak puas hati beberapa NGO pro-Umno kerana didakwa menjadikan tempat ibadat sebagai medan politik.

Ekoran itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Haris Kasim berkata beliau dimaklumkan yang Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan tindakan Sivarasa.

Sivarasa kemudian menjelaskan beliau hanya menyampaikan ucapan ringkas “salam Ramadan” serta menyampaikan sumbangan kepada surau dan masjid di kawasan parlimennya.

Beliau juga berkata akan menghantar surat peribadi kepada Sultan Selangor bagi memberikan penjelasan.

 

Ku Nan cerita pasal Najib, Sivarasa di Masjid Jamek Alam Shah

Enggan layan bantahan NGO, Sivarasa mahu tulis surat pada Sultan

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.