Indonesia dakwa 1,200 anggota IS aktif di Filipina

is

SINGAPURA: Menteri Pertahanan Indonesia, Ryamizard Ryacudu yang melabel pengikut Negara Islam (IS) sebagai “mesin pembunuh” mendakwa sekitar 1,200 anggota kumpulan militan itu bergerak aktif di Filipina.

Jumlah itu termasuk warga asing di mana 40 adalah rakyat Indonesia, kata beliau yang menghadiri forum keselamatan antarabangsa di sini, hari ini.

Bercakap di Singapura sementara pertempuran semakin sengit antara tentera Filipina dan militan di bandar Marawi di Mindanao, Ryamizard menggesa kerjasama serantau bagi menangani kumpulan itu.

“Saya dimaklumkan malam tadi, ada 1,200 anggota ISIS di Filipina, sekitar 40 adalah dari Indonesia,” kata beliau pada Dialog Shangri-La.

Ancaman keganasan didakwa semakin meningkat, termasuk beratus-ratus warga Asia Tenggara yang pulang selepas bergerak aktif bersama IS di Syria dan Iraq. Ia menjadi isu panas dalam sidang kemuncak 3 hari di Singapura.

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Jim Mattis turut hadir.

Beratus-ratus lelaki bersenjata Islam bertempur di Marawi sejak tentera Filipina melancarkan serangan untuk menangkap pemimpin mereka, Isnilon Hapilon.

Sehingga kini 50 lelaki bersenjata masih mengawal pusat bandar sejak 2 minggu lalu. Pertempuran itu telah membunuh 177 orang termasuk 120 militan.

“Bagaimana kita boleh menangani pejuang asing? Kita perlu menyeluruh,” kata Ryamizard, seorang bekas jeneral tentera.

“Kami perlu mencari… pendekatan yang lengkap tetapi kita mesti berhati-hati, mereka mesin pembunuh.

“Matlamat mereka adalah untuk membunuh orang lain, jadi itu sebabnya tanggungjawab kita, yang kita mempunyai pemahaman yang sama, kata sepakat dan prosiding tentang bagaimana untuk melawan pejuang asing,” kata beliau.

Dalam pada itu, Setiausaha Pertahanan Filipina, Ricardo David ketika berucap pada forum yang sama berkata, angka 1,200 itu, sebagaimana disebutkan oleh Indonesia, adalah perkara baru bagi beliau.

“Saya benar-benar tidak tahu, angka saya kira-kira 250 hingga 400, banyak yang sudah kurang,” katanya kepada pemberita.

Bagaimanapun beliau berkata, terdapat 40 pejuang IS asing yang merampas bahagian Marawi, tetapi 8 daripada mereka telah dibunuh oleh tentera kerajaan.

Sebelum ini, pegawai Filipina memberitahu pejuang asing yang terbunuh terdiri daripada rakyat Malaysia, Indonesia, Yemen, Arab Saudi dan Chechnya.

“Perisikan kami menganggarkan terdapat kira-kira 40 warga asing yang berjuang di Marawi,” kata David.