130 imam enggan solat jenazah penyerang London

130 imam enggan solat jenazah penyerang London

Pemimpin agama di London menggesa semua imam dan pihak berkuasa agama menarik balik keistimewaan tersebut.

Free Malaysia Today
PETALING JAYA:
Sekumpulan 130 imam dan pemimpin agama menolak untuk melaksanakan solat jenazah ke atas jenazah penyerang di tengah London, lapor akhbar Independent.

Pemimpin agama itu berkata mereka tidak akan menjalankan upacara yang biasanya dilaksanakan ke atas setiap jenazah orang Islam tidak mengira tindakan mereka.

Dalam satu kenyataan di media sosial, kumpulan itu berkata: “Akibatnya dan memandangkan prinsip etika yang lain yang paling penting kepada Islam, kita tidak akan melakukan solat jenazah ke atas pelaku itu dan kami juga menggesa imam lain dan pihak berkuasa agama menarik balik keistimewaan tersebut.

Kenyataan itu menambah: “Ini kerana tindakan tidak sepatutnya dipertahankan itu jelas bercanggah dengan ajaran Islam.”

Pemimpin agama dari pelbagai latar belakang mengutuk serangan yang mengorbankan 7 nyawa dan mencederakan 47 yang lain pada Sabtu lalu apabila 3 lelaki yang menaiki van merempuh pejalan kaki berhampiran London Bridges dan kemudian menikam secara rawak orang ramai di bar dan restoran berhampiran Borough Market.

Seorang penceramah di Masjid Timur London berkata mereka berusaha untuk memerangi pelampau agama yang disifatkan sebagai “naratif berpintal dan menyimpang dari ajaran agama”.

“Sekali lagi kita bersama-sama bersatu menentang mereka yang cuba memecah-belahkan kita,” kata Pengerusi Masjid Timur London dan Pusat Islam London, Muhammad Habibur-Rahman.

“Pembunuhan kejam terhadap orang yang tidak bersalah di London pada petang Sabtu itu tidak akan berjaya memecah-belahkan kita.

“Saya mempunyai mesej yang jelas kepada individu yang melakukan keganasan: perlakuan kamu bertentangan dengan ajaran Islam dan Nabi Muhammad.

“Kesesatan itu akan membawa kamu kepada kebinasaan dan InsyaAllah kamu sama sekali akan gagal dalam matlamat jahat kamu.

“Kami menentang kamu dan kejahilan kamu terhadap agama Islam. Keganasan tidak ada iman. “

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.