
Berucap di mesyuarat Pemuda Umno Kelana Jaya hari ini, Rizal berkata antara tuduhan itu adalah Rosmah mengawal suaminya, Datuk Seri Najib Razak dan pentadbiran beliau, dan memiliki pejabat di Pejabat Perdana Menteri.
Rizal berkata pejabat isteri perdana menteri yang wujud semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi dihentikan semasa Najib menjadi perdana menteri.
Rizah berkata Rosmah tidak pernah memasuki pejabat itu kerana beliau tidak suka pergi ke pejabat itu.
Beliau berkata Rosmah hanya pergi ke PMO ketika kakitangan PMO mengadakan sambutan hari lahir untuk Najib dan ketika PMO menganjurkan rumah terbuka.