
Melalui perjanjian yang dimeterai syarikat kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Corporation (IPIC), 1MDB dan Kementerian Kewangan di Mahkamah Timbangtara London, April lalu, 1MDB bersetuju membayar AS$1.2 bilion dalam 2 ansuran kepada IPIC, dengan bayaran pertama kira-kira AS$600 juta dibuat menjelang 31 Julai lalu.
Kegagalan memenuhi komitmen itu menyaksikan IPIC memberi tambahan 5 hari bekerja kepada 1MDB untuk menjelaskan hutang itu. Tarikh akhir itu ialah hari ini.
Pendedahan pengawal seliaan daripada IPIC mengenai lanjutan tarikh akhir itu tamat hari ini, kata sumber yang enggan dikenali itu kerana perkara itu belum diumumkan.
Syarikat pelaburan milik kerajaan Abu Dhabi, Mubadala yang bergabung dengan IPIC awal tahun ini, bagaimanapun enggan mengulas perkara itu.
Hari ini, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah yang dipetik Bernama sebagai berkata, 1MDB sedang berunding untuk mendapatkan lanjutan tarikh akhir menjelaskan hutang itu kepada IPIC.
Tarikh akhir berlalu tanpa bayaran 1MDB kepada IPIC, kata sumber