Tembakan kedengaran, ribuan Rohingya melarikan diri

Tembakan kedengaran, ribuan Rohingya melarikan diri

Kira-kira 2,000 orang Rohingya berjaya meloloskan diri ke Bangladesh sejak Jumaat, berikutan pertempuran antara tentera Myanmar dan militan Rohingya.

gunfire

COX’S BAZAR: Kerajaan Myanmar memindahkan sekurang-kurangnya 4,000 orang bukan Islam ditengah-tengah pertempuran yang meletus di Rakhine, ketika ribuan orang Islam Rohingya cuba melarikan diri ke Bangladesh hari ini.

Jumlah kematian dari keganasan yang meletus Jumaat lalu susulan serangan tersusun militan Rohingya meningkat kepada 104, kebanyakannya militan, termasuk 12 anggota pasukan keselamatan dan beberapa orang awam, menurut kiraan Reuters berdasarkan kenyataan rasmi.

Kerajaan Myanmar sedang menyiasat sama ada anggota kumpulan bantuan antarabangsa terlibat dalam kepungan militan yang didakwa berlaku di sebuah kampung d Rakhine.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengundurkan kakitangan tidak penting dari kawasan itu, kata jurucakap.

Bersedia menghadapi lebih banyak keganasan, ribuan Rohingya – kebanyakannya wanita dan kanak-kanak – cuma menyeberang Sungai Naf yang memisahkan Myanmar dan Bangladesh. Wartawan Reuters di sempadan terdengar tembakan senjata api di sebelah Myanmar, yang menyebabkan orang Rohingya melarikan diri ke kawasan terlarang antara 2 negara itu.

“Tolong selamatkan kami,” kata Amir Hossain, 61, kepada Reuters berdekatan perkampungan Gumdhum di Bangladesh. “Kami mahu tinggal di sini kerana jika tidak kami akan terbunuh.”

Kira-kira 2,000 orang berjaya meloloskan diri ke Bangladesh sejak Jumaat, menurut anggaran oleh pelarian Rohingya di kem sementara di Bangladesh.

Keganasan itu menandai kemelaratan konflik itu yang reda sejak Oktober lepas, apabila serangan yang sama tetapi lebih kecil oleh militan Rohingya mengundang operasi ketenteraan yang ganas dan terpalit dakwaan pencabulan hak asasi manusia.

Menteri Kebajikan Sosial, Bantuan dan Penempatan Semula Myanmar, Win Myat Are semalam berkata, kira-kira 4,000 “penduduk etnik” yang melarikan diri dari kampung sudah dipindahkan, merujuk kepada penduduk bukan Islam di kawasan itu.

Tentera Myanmar melaporkan beberapa pertempuran tercetus membabtkan ratusan militan Rohingya di serata Rakhine hari ini.

“Tentera yang menuju ke operasi di Kampung Nanthaung juga sedang berdepan dengan 800 pengganas Bengali pada 9 pagi hari ini. Mereka masih sedang bertempur di situ,” kata tentera dalam kenyataan.

Ramai orang Rohingya menganggap istilah “Bengali” sebagai penghinaan kerana ia menandakan mereka pendatang haram dari Bangladesh, walaupun ramai yang boleh mengesan generasi keturunan mereka di Myanmar.

Sejak bertahun Rohingya mengalami keadaan seperti di bawah pemerintahan apartheid di Myanmar – mereka dinafikan kewarganegaraan dan pergerakan dihadkan.

Beberapa pemerhati meraskaan serangan terbaharu oleh militan menandakan “puncak kemarahan” yang dirasai ramai orang Rohingya dengan bantuan pemimpin militan Ata Ullah.

Ata Ullah mengepalai Tentera Pembebasan Rohingya Arakan (Arsa) yang memulakan serangan Oktober lalu dan mengaku bertanggungjawab untuk serangan terbaharu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.