
Abu Hasan Chan Abdullah, 64, didakwa memiliki bahan berkaitan IS di akaun Facebook miliknya, dan juga dituduh menyatakan sokongan kepada IS.
Tinjaun FMT mendapati antara muat naik Abu Hasan ialah menganggap militan IS yang terbunuh sebagai mati syahid.
“ISIS mempertahankan tanah air ummat Islam, tentulah perjuangan mereka adalah jihad dan mati mereka adalah syahid. Iraq dan Syria sekarang dipenuhi oleh kafir Amerika dan Syiah. Hapuskan Syiah sebelum mereka menguasai tanahair ummat Islam. Majlis Fatwa Kebangsaan adalah sesat,” menurut salah satu kiriman Abu Hasan di Facebook.
Hakim Syed Faisal Syed Amir menetapkan sebutan semula pada 10 November ini sementara menunggu laporan daripada pakar keganasan.
Untuk tuduhan memiliki bahan berkait IS, Abu Hasan berdepan hukuman penjara tidak lebih 7 tahun, manakala jika disabitkan menyokong IS, beliau boleh dipenjara seumur hidup atau tidak melebihi 30 tahun.
Suspek yang dipercayai merupakan penyokong IS, ditahan pada 11 Ogos lalu di Bachok, Kelantan.