Israel batalkan perakuan media semua wartawan Al Jazeera

Israel batalkan perakuan media semua wartawan Al Jazeera

Penyertaan pengarah pejabat tempatan Al-Jazeera, Walid al-Omri di seminar mengenai kebebasan akhbar juga dibatalkan.

Benjamin-Al-Jazeera
BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengarahkan perakuan media semua wartawan Al-Jazeera dibatalkan dan mengulangi hasratnya menutup pejabat stesen televisyen itu yang beroperasi di Israel, menurut Pejabat Akhbar Kerajaan hari ini, lapor agensi berita China Xinhua.

Netanyahu turut mengarahkan penyertaan pengarah pejabat tempatan Al-Jazeera, Walid al-Omri di seminar mengenai kebebasan akhbar dibatalkan.

“Pada masa yang sama, Perdana Menteri Israel akan mengambil langkah undang-undang membatalkan semua kad media wartawan Al-Jazeera bertugas di Israel dan menutup pejabat mereka di negara berkenaan,” menurut kenyataan pejabat akhbar itu.

Pada 30 Ogos lepas, Israel membatalkan perakuan media wartawan Al-Jazeera Elias Karram kerana mendakwa tugas wartawan berkenaan berunsur “penentangan”.

Karram dikatakan sering menimbulkan keraguan pihak rejim mengenai tujuan sebenar wartawan berkenaan membuat liputan mengenai isu konflik Israel-Palestin.

Susulan itu, beliau dipanggil untuk dibicarakan selepas membuat penampilan dalam satu wawancara televisyen tahun lepas.

Karram dipanggil atas permintaan Menteri Komunikasi Israel, Ayoob Kara dan mahu perakuan media wartawan itu dibatalkan kerana beliau didapati cuba membangkitkan dan menghasut kekerasan terhadap Israel.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.