AS hantar dron ke Mindanao
Dron Gray Eagle mempunyai tempoh penerbangan lebih lama, membolehkan ia meninjau kawasan lebih luas dalam usaha memerangi pengganas.
“Dron dikenali Gray Eagle Unmanned Aircraft Systems (UAS) itu dihantar ke Mindanao untuk menjalankan aktiviti pengawasan tambahan menyokong usaha Angkatan Tentera Filipina (AFP),” kata kenyataan Kedutaan AS di Filipina pada Isnin.
Gray Eagle mempunyai tempoh penerbangan lebih lama, membolehkan ia meninjau kawasan lebih luas.
Sejak tiga tahun lepas, AS sudah menghantar bantuan bernilai lebih 15 bilion peso (AS$295 juta) ke Filipina.
“Penghantaran dilakukan baru-baru ini termasuk dron jenis UAS Raven Tactical dan 2 pesawat pengawasan Cessna-208B,” tambah kenyataan itu.
Hubungan ketenteraan yang teguh sejak sekian lama dengan Filipina membolehkan AS bertindak pantas membantu memenuhi keperluan AFP selain menyokong matlamat angkatan tentera berkenaan.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram