
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata mereka didapati tidak hadir ke sekolah sejak 2012 hingga tahun lalu.
“Ada suspek yang berumur 16 tahun pernah belajar di Tingkatan Satu pada tahun 2012. Selepas itu mereka tidak lagi hadir ke sekolah,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Program ‘Sayangi Diri, Jauhi Dadah’ di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Saujana hari ini.
Beliau berkata pihak sekolah mengambil pelbagai tindakan seperti mengeluarkan surat amaran serta berjumpa ibu bapa mereka bagi membincangkan masalah anak masing-masing sebelum tindakan buang sekolah diambil.
“Namun remaja berumur 18 tahun sempat menghabiskan sesi persekolahannya dan menyambung pelajaran di sebuah institut latihan kemahiran,” katanya.
Kebakaran asrama pusat tahfiz itu pada Khamis lepas mengorbankan 21 pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai warden.