
Lelaki berusia 46 tahun itu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan ikat jamin RM50,000 tanpa deposit dengan 2 orang penjamin di hadapan Majistret Cindy Mc Juce Balitus.
Prosiding itu dijalankan di sebuah hospital swasta dan SPRM diwakili Pegawai Pendakwa Mohd Faliq Basiruddin.
Sebelum ini, individu berkenaan ditahan reman selama 5 hari sejak Jumaat lepas, dan kemudiannya remannya disambung semula 3 hari mulai Selasa lalu, sebelum dimasukkan ke Hospital KPJ Damai disebabkan kekurangan air dalam badan serta tekanan darah tinggi.
Lelaki berkenaan antara 7 individu ditahan setakat ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana projek luar bandar sejumlah RM180 juta iaitu sebahagian daripada RM1.5 bilion dana yang dianggarkan diselewengkan dalam sebuah kementerian.
Dana RM1.5 bilion itu adalah sebahagian peruntukan kerajaan pusat melalui sebuah kementerian berjumlah RM7.5 bilion untuk melaksanakan projek luar bandar di Sabah bagi tempoh 2009 hingga 2015.