Guru berjaya latih pelajar menulis guna 2 tangan

Guru berjaya latih pelajar menulis guna 2 tangan

Bakat yang dikenali sebagai ambidekstrus (dwicekatan) ini kemahiran sangat luar biasa namun berjaya dilaksanakan oleh pengasas sekolah Veena Vandini di Madhya Pradesh, India.

tulis-duatangan
fmt-ohsem-inside-article1Pernahkan anda terfikir menggunakan kedua-dua belah tangan untuk menulis?

Lazimnya kita menggunakan tangan kanan ataupun tangan kiri untuk menulis, berbeza dengan pelajar dari sebuah sekolah di kawasan pedalaman di India di mana kesemua 300 pelajarnya boleh menulis menggunakan kedua-dua belah tangan.

Bakat yang dikenali sebagai ambidekstrus atau dwicekatan ini merupakan kemahiran sangat luar biasa namun berjaya dilaksanakan oleh pengasas sekolah Veena Vandini di Madhya Pradesh, India.

VP Sharma yang juga bekas tentera serta pengasas sekolah tersebut berkata, beliau memperoleh inspirasi mengembangkan bakat ambidekstrus daripada Presiden India yang pertama, Dr Rajendra Prasad yang turut mempunyai kebolehan itu.

“Sebuah majalah menyatakan Dr Rajendra Prasad menggunakan kedua-dua belah tangannya untuk menulis dan saya terdetik untuk mencubanya pada pelajar sekolah saya.

“Ekoran itu, saya melaksanakan latihan tesebut di sekolah saya di kampung halaman.

“Latihan itu dimulakan dalam kalangan pelajar Tahun 1 dan apabila mereka memasuki Tahun 3, mereka selesa menulis menggunakan kedua-dua belah tangan,” tambah Sharma seperti yang dipetik oleh Odditycentral.

Mari kita kaji secara lanjut mengenai kemahiran ”ambidekstrus” dan sebab ia dianggap kemahiran luar biasa. FMT Ohsem menyenaraikan beberapa fakta menarik mengenai pengamal ambidekstrus;

1. Jika anda boleh menulis menggunakan kedua-dua belah tangan, anda adalah komuniti terpencil, iaitu 1% daripada populasi dunia. Kira betul-betul rare!

2. Anda tidak didominasi dengan satu belah otak (lazimnya kiri bagi pengguna tangan kanan); sebaliknya otak anda lebih simetrik.

3. Pengamal ambidekstrus lazimnya mempunyai genetik LRRTM1 (pada kromosom 2), yang dikaitkan dengan penyakit mental, schizophrenia. Kajian juga menunjukkan mereka dengan schizophrenia juga lebih cenderung memiliki kemahiran ambidekstrus.

4. Kajian mendapati ambidekstrus mempunyai tahap kecelikan yang kurang lazimnya mengaitkan kemahiran aritmetik, menghafal dan menganalisis.

5. Mereka yang mengamalkan ambidekstrus lebih cepat naik angin.

6. Mood mereka mudah berubah apabila dipengaruhi muzik, persekitaran dan sebagaiya.

7. Kerana menggunakan kedua-dua belah otak secara simetri, pengamal ambidekstrus juga dikenali sebagai seorang yang kelam-kabut atau bercelaru.

8. Bagaimanapun jangan risau kalau anda memiliki bakat ini, ia tidaklah membahayakan. Leonardo da Vinci, Pete Rose, Richard Feynmen, pitcher Greg A. Harris, Michelle Kwan, Shigeru Miyamoto, Paul McCartney, Benjamin Franklin dan Harry Truman antara tokoh dengan bakat unik ini yang berjaya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.