Perkasa kecewa agensi kerajaan, agamawan tak tegas bela Islam

Perkasa kecewa agensi kerajaan, agamawan tak tegas bela Islam

Sirajuddin Salleh berkata, agamawan seperti mufti yang mempunyai pandangan berbeza, lebih gemar bertelagah menerusi media.

salleh8652talk
KUALA LUMPUR:
Perkasa kecewa dengan agamawan dan agensi kerajaan yang tidak cukup tegas serta lantang membela agama Islam.

Timbalan Presidennya, Datuk Sirajuddin Salleh berkata, agamawan seperti mufti yang mempunyai pandangan berbeza, lebih gemar bertelagah menerusi media.

“Mengapa agamawan bertelagah satu sama lain dan tidak bersuara apabila timbul isu rasuah? Saya kecewa dengan agamawan. Mereka tidak perlu keluarkan kenyataan di media jika berbeza pendapat.

“Sepatutnya berjumpa sesama mereka daripada bertelagah dan keluarkan kenyataan di media,” katanya selepas berucap merasmikan Persidangan Khas Tahunan Sayap Perkasa ke-4, hari ini.

Terdahulu, Sirajuddin ketika berucap berkata, kebelakangan ini orang bukan Islam didakwa menyerang agama Islam menerusi pelbagai cara.

Beliau memberi contoh isu kalimah Allah, bantahan laungan azan melalui pembesar suara, bantahan korban ketika sambutan Aidiladha, bantahan terhadap penceramah kontroversi dari India Zakir Naik, peserta perarakan memukul gendang dan bermain alat muzik ketika umat Islam menunaikan solat Isyak.

“Jelas bahawa kesucian Islam dan jaminan Perlembagaan, Islam adalah agama persekutuan diserang bertubi-tubi.

“Sementara puak liberal Islam seperti kumpulan G25 dan Sister in Islam juga menambah kekusutan ini,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.