
“Baru sahaja menziarahi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selesai menjalani pembedahan bahu kanan di HKL baru-baru ini. Semoga beliau cepat sembuh,” katanya dalam catatan di Twitter dan Facebook.
Turut dimuat naik sekeping gambar beliau bersama isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis ketika melawat bekas ketua pembangkang itu.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor meluangkan masa melawat Anwar di HKL.
Pada 22 September lalu, Anwar yang mendapat rawatan untuk masalah kesihatannya di HKL, terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan dari hospital berkenaan ke Penjara Sungai Buloh.
Anwar dilaporkan menjalani pembedahan artroskopi susulan kecederaan di bahu kanannya.