Perlis mula banjir

Perlis mula banjir

Pemantauan dijalankan di seluruh negeri terutama di kawasan yang sering dilanda banjir berikutan hujan tanpa henti sejak kelmarin.

banjir-perlis-awas
PADANG BESAR: Hujan berterusan sejak 2 hari lepas menyebabkan 2 buah kampung di daerah ini dllanda banjir malam tadi dengan sebahagian daripada 46 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perlis, selaku Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), berkata mereka yang terlibat ialah penduduk Kampung Padang Malau (26 buah rumah) dan Kampung Padang Malau Dalam (20 buah rumah).

Jumlah mereka bagaimanapun masih dikumpul kerana ada antara mereka masih enggan meninggalkan rumah tanpa dijaga, kata JPBN dalam kenyataan hari ini.

APM berkata agensi itu membuat pemantauan di seluruh negeri terutama di kawasan yang sering dilanda banjir berikutan hujan tanpa henti sejak kelmarin.

“Orang ramai diingatkan agar patuh pada arahan pihak berkuasa apabila diarahkan berpindah dan hendaklah melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya rumah mereka dinaiki air,”” menurut kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.