
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Radzi Halim, 37, selepas pertuduhan dibacakan di depan Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen Pasir Mas, Rashid Mustafa.
Tertuduh yang berasal dari Kok Lanas, Kota Bharu didakwa melakukan kesalahan itu di Pos Sekatan Jalan Raya Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem), Simpang Empat Salam, Rantau Panjang pada 7.30 malam, 12 Disember lepas.
Dia dituduh menyeludup 4 migran Myanmar itu mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wong Siew Ming, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan Selasa ini untuk sebutan semula kes.