Pihak berkuasa rampas akhbar Harakah

Pihak berkuasa rampas akhbar Harakah

Rampasan di Kerdau dan Hulu Langat itu membabitkan edisi 2316 dengan paparan muka depan bertajuk 'PM gagal beri gambara penuh bandingan sebenar ekonomi Malaysia - Arab Saudi'.

harakah-daily-rampasan-surat-khabar
PETALING JAYA: Pihak berkuasa merampas akhbar rasmi PAS, Harakah yang dijual di beberapa kawasan, 2 hari selepas ia berada di pasaran.

Akhbar itu semalam melaporkan rampasan itu membabitkan kedai di sekitar Kerdau, daerah Temerloh dan Hulu Langat, Selangor.

Menurut laporan itu, muka depan edisi 2316 bertarikh 19 hingga 21 Januari lalu itu memaparkan “PM gagal beri gambara penuh bandingan sebenar ekonomi Malaysia – Arab Saudi”.

Ketua Pegawai Eksekutif Harakah, Zainal Abidin Kidam yang dipetik akhbar itu berkata: “Dah nak dekat pilihan raya umum, inilah trendnya”.

Akhbar Harakah dijual pada harga RM2 senaskhah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.