Anak Fidel Castro bunuh diri kerana kemurungan

Anak Fidel Castro bunuh diri kerana kemurungan

Beliau pernah berkhidmat sebagai penasihat saintifik Majlis Negara dan menjadi naib presiden Akademi Sains Cuba.

Fidel-Castro
HAVANA: Anak lelaki sulung pemimpin revolusi Cuba, Fidel Castro, Fidel Castro Diaz-Balart meninggal dunia pada Khamis kerana membunuh diri disebabkan kemurungan, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan rasmi.

Menurut kenyataan di laman web kerajaan Cubadebate, Castro, 68, menderita kemurungan serius dan sedang menjalani rawatan menangani masalah itu sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Beliau pernah berkhidmat sebagai penasihat saintifik Majlis Negara dan menjadi naib presiden Akademi Sains Cuba.

Bapanya mendiang Fidel Castro meninggal dunia pada 2016 ketika berusia 90 tahun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.