
Pengarah Urusan Kanan dan Ketua Wilayah, Vipin Agrawal berkata, platform digital itu dianggap yang pertama di negara, dapat memudahkan kelulusan pembiayaan rumah sepenuhnya dalam 1 minit setelah penyerahan maklumat dan dokumen lengkap.
“Usaha memiliki rumah dibuat lebih menyenangkan melalui proses kelulusan segera, dengan surat tawaran rasmi, berbanding kelulusan bersyarat atau ‘secara prinsip’,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran tersebut hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group Holdings Bhd, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, terdapat 8 pemaju, dengan 60 projek hartanah di Lembah Klang mengambil bahagian dalam skim Pembiayaan Rumah 1-Minit, termasuk Eco World Development Group Bhd, IJM Land Bhd dan Mah Sing Group Bhd.
“Lebih banyak pemaju dengan projek di luar Lembah Klang dijangka menyertainya mulai 1 Mei 2018,” kata Zafrul semasa ucapan pembukaannya pada pelancaran itu.
Sementara itu, Agrawal berkata, pengenalan Pembiayaan Rumah 1-Minit akan terus meningkatkan pasaran gadai janji bank di negara yang kini berada pada kira-kira 12-13%.
“Kami merancang memperkenalkan platform digital pinjaman kereta,” katanya.
Namun, beliau enggan memberi butiran tambahan.
Sebelum pelancaran Pembiayaan Rumah 1-Minit, CIMB InstaApproval juga memudahkan permohonan pembiayaan peribadi, pembiayaan Amanah Saham Bumiputera dan kad kredit.