Shahrir: Manifesto PH berhubung Felda tidak jelas

shahrir-samad-fmt-5-osKUALA LUMPUR: Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata manifesto Pakatan Harapan (PH) berkaitan pembangunan tanah rancangan itu tidak diterangkan dengan jelas.

“Tidak semua saya tahu, saya kena tengok dulu perkataan mereka gunakan, kita tidak tahu apa mereka maksudkan dalam memodenkan Felda, hentikan penyelewengan dan mengembalikan kegemilangan.

“Kita tengok dulu. Implikasi pasti ada (jika salah faham). Mereka tidak tafsirkan maksud sebenarnya (dengan jelas),” kata ahli Parlimen Johor Bahru itu pada sidang media hari ini.

PH melancarkan manifesto pilihan raya umum ke-14 (PRU14) semalam dan antara disentuh adalah memodenkan Felda dan menghapuskan hutang peneroka.