Tok Mat sah pertahan DUN Rantau

Tok Mat sah pertahan DUN Rantau

Menteri besar Negeri Sembilan mengesahkan sekali lagi akan mempertahankan kerusi Rantau pada PRU14.

Free Malaysia Today
Datuk Seri Mohamad Hasan (tengah) mengesahkan akan mempertahankan kerusi DUN Rantau. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan akan mempertahankan kerusi DUN Rantau, Negeri Sembilan pada pilihan raya umum Ke-14 (PRU14).

“Saya di DUN, kekal di DUN lah,” katanya lapor Harian Metro.

Pada PRU13, Mohamad mempertahankan Rantau dengan menewaskan calon PKR, Aisah Lamsah, dengan majoriti 4,613 undi.

BN mengekalkan penguasaan di Negeri Sembilan selepas memenangi 22 daripada 36 DUN pada pilihan raya yang sama.

Beliau mutakhir ini dikatakan sangat popular dalam kalangan pengundi di Negeri Sembilan. Beliau dilantik menjadi menteri besar menggantikan Tan Sri Isa Abdul Samad pada 25 Mac 2004.

Ditanya mengenai senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi Negeri Sembilan, beliau berkata: “Kita berunding, ada setuju, ada tak setuju.”

Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.