PKR kemuka ramai muka baharu di Perak

PKR kemuka ramai muka baharu di Perak

Parti itu berharap untuk bertanding di 5 Parlimen dan 16 DUN dan mahu mengetengahkan calon-calon muda, baharu dan wanita.

Free Malaysia Today
Lee dikatakan akan mempertahankan kerusi Gopeng.
PETALING JAYA:
Perak PKR bersedia untuk mengetengahkan calon-calon muda dan baharu di kerusi-kerusi Parlimen dan DUN.

Sumber parti mengatakan PKR berharap untuk bertanding 5 kerusi Parlimen dan 16 kerusi DUN.

Sumber mengatakan Gopeng satu-satunya kerusi Parlimen yang perlu dipertahankan PKR, susulan formula pengagihan kerusi oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan pada Januari.

Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye yang sudah 2 penggal berkhidmat sebagai wakil rakyat di situ sekali akan mempertahankan kerusinya, kata sumber.

PKR juga akan menang di Lumut, tetapi kerusi itu kini akan ditandingi calon Amanah.

Pengerusi PKR Perak Muhammad Nur Manuty mengesahkan partinya akan meletakkan calon-calon muda, baharu dan wanita. Beliau enggan menghuraikan lebih lanjut.

Gopeng salah satu daripada 5 kerusi Parlimen yang akan ditandingi PKR. Kerusi lain adalah Padang Rengas, Sungai Siput, Bagan Datuk dan Tanjung Malim.

Pada pilihan raya 2013, Lee menewaskan calon Barisan Nasional, Tan Chin Meng, dengan majoriti 15,309 undi. Gopeng mempunyai peratusan pengundi Cina dan Melayu yang hampir seimbang, iaitu 46% dan 43%.

Selepas tewas di Padang Rengas, Bagan Datuk dan Tanjung Malim, PKR mahu meletakkan muka-muka baharu di kerusi-kerusi itu.

PKR dijangka mengetengahkan pendatang baharu di Sungai Siput menentang penyandang, Michael Jeyakumar dari PSM, yang memenangi kerusi itu 5 tahun lalu atas tiket PKR.

Sementara itu, sumber PKR berkata 5 wakil rakyat mereka akan mempertahankan kerusi mereka iaitu Kuala Kurau, Kuala Sepetang, Simpang Pulai, Teja dan Hutan Melintang.

Parti itu juga berhatap akan bertanding di 11 kerusi DUN lain tetapi senarai calon belum dimuktamadkan, menurut sumber itu, yang berkata kebanyakannya juga muka-muka baharu.

Kerusi itu termasuk Kenering, Batu Kurau, Alor Pongsu, Chenderoh, Lintang, Hulu Kinta, Bukit Chandan, Tualang Sekah dan Sungai Manik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.