Ku Li pertahan kerusi yang dipegang selama 46 tahun

Ku Li pertahan kerusi yang dipegang selama 46 tahun

Tengku Razaleigh menghadapi saingan 3 penjuru, menentang Abdullah Hussein (PAS) dan Mohd Nor Hussin (PH).

Free Malaysia Today
Gambar Facebook
KUALA LUMPUR:
Tengku Razaleigh Hamzah bakal mengukuhkan status sebagai wakil rakyat paling lama berkhidmat di negara ini, selama 12 penggal di Parlimen dan negeri, jika memenangi kerusi Parlimen Gua Musang.

Tengku Razaleigh, 81, akan mempertahankan kerusi itu yang pertama kali dimenanginya tanpa bertanding pada 1974. Kerusi itu sebelum ini dikenali sebagai Ulu Kelantan.

Bekas menteri kewangan itu menyertai Umno pada 1962 dan mula bertanding di DUN Ulu Kelantan Barat pada 1969 dan berjaya menewaskan calon PAS, Hussin Abdullah.

Beliau kemudiannya beralih ke Parlimen pada 1974 dan sejak itu kekal sebagai wakil rakyat Gua Musang, termasuk ketika menubuhkan Semangat 46 pada 1989 selepas enggan menyertai semula Umno Baru selepas Umno dibubarkan oleh mahkamah.

Pada PRU ke-13, beliau menewaskan calon PAS Wan Abd Rahim Wan Abdullah dengan majoriti 8,413 undi.

Bagi PRU14, Tengku Razaleigh menghadapi saingan 3 penjuru, menentang Abdullah Hussein (PAS) dan Mohd Nor Hussin (PH).

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.