
Oleh Zafira Anwar
Tambahnya, ketiga-tiga bekas menteri itu boleh dibuang parti.
“Kadangkala, beliau berkata sesuatu kemudian menafikannya,” katanya merujuk kepada Rafidah.
“Sebagai setiausaha agung, saya tidak dapat bertoleransi dengan perkara mengarut sebegini,” katanya pada satu acara di sini.
Rafidah sebelum ini menyeru rakyat menolak BN dan memberi mandat mentadbir negara kepada Pakatan Harapan (PH).
“Kami sebuah parti yang sangat adil, kami akan lihat dan kaji dan jika perlu ambil tindakan, kami akan lakukannya,” kata Tengku Adnan.
Tambahnya, Rafidah masih ahli Umno. “Beliau harus ada disiplin kerana kita mempunyai perlembagaan dan etika. Sila patuhinya.”
“Kadangkala mereka boleh kata mereka ke acara pembangkang sebagai rakan dan bukan sebagai ahli politik. Ini masalah yang kita hadapi sekarang.”
Katanya, sebarang tindakan yang dikenakan ke atas ketiga-tiga mereka akan diputuskan atas dasar kes demi kes.
Daim secara terbuka menyokong pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang bakal bertanding di Langkawi, dan beberapa calon PH lain, mengatakan ia bagi memastikan masa depan lebih baik untuk generasi akan datang.
Rais pula baru-baru ini mengkritik tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuang gambar Dr Mahathir daripada papan iklan pembangkang.
Beliau juga menyoal mengapa SPR membenarkan gambar pemimpin China, Xi Jinping di papan iklan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14