
Beliau berkata, Biro Politik Umno juga bersetuju Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid menjalankan tugas sebagai presiden parti.
“Ini adalah kerana tidak ada peruntukan pemangku dalam perlembagaan.
“Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn pula akan jalankan tugas timbalan presiden Umno dan BN,” katanya pada sidang medianya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Mengulas lanjut, Najib berkata beliau mengambil keputusan meletakkan jawatan disebabkan Umno dan BN mengalami kekalahan yang “amat berat”.
“Mengikut prinsip, siapa yang jadi ketua dalam sesebuah parti dan parti itu gagal dalam pilihan raya, tanggungjawab moral mestilah diterima sepenuhnya oleh orang berkenaan.
“Maka saya dengan hati terbuka menerima prinsip tersebut sebab itu saya mengumumkan keputusan melepaskan kedua-dua jawatan tersebut.
“Ini adalah perlu dan patut saya lakukan atas prinsip tanggungjawab moral,” katanya.