
PUTRAJAYA: Beberapa tokoh perundangan tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana petang ini, untuk satu pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, di pejabatnya yang terletak di bangunan tersebut.
Mereka yang dilihat memasuki bangunan itu ialah Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif, bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram dan bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Gani sebahagian daripada pasukan petugas khas untuk menyiasat 1MDB, tetapi dikeluarkan semasa siasatan.
Pasukan petugas baharu kini dibentuk oleh pentadbiran Dr Mahathir untuk menyiasat dana negara yang bermasalah itu.