Najib ke Pekan

Najib ke Pekan

Ini kali pertama beliau kembali ke kawasan Parlimennya sejak pilihan raya 9 Mei lalu yang menyaksikan Barisan Nasional digulingkan.

Free Malaysia Today
Kumpulan wartawan masih berkampung di luar rumah Najib untuk mendapatkan perkembangan terbaru mengenai serbuan berterusan.
KUALA LUMPUR:
Konvoi beberapa kenderaan yang diiringi polis meninggalkan rumah bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak di Taman Duta pagi ini.

Bagaimanapun, kumpulan wartawan masih berkampung di kawasan perumahan itu untuk mendapatkan perkembangan terbaru mengenai serbuan berterusan yang menyaksikan rampasan wang tunai dan barang lain bernilai berjuta ringgit.

Difahamkan, Najib akan menghadiri beberapa program di Pekan hari ini, pertama kali beliau pulang ke kawasan Parlimennya sejak kemenangannya di kerusi itu.

Beliau dijangka tiba di kediaman peribadinya di Seri Kenangan, Pekan tengah hari ini, dan akan menyertai solat Maghrib serta Tarawih.

Ia selepas Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor mengadu polis tidak profesional ketika menyerbu beberapa premis dikaitkan dengan mereka.

Najib melalui peguamnya mengkritik serbuan dijalankan secara “semberono dan tidak bertanggungjawab”.

“Ini ditunjukkan dengan cara anggota polis mengambil makanan dan coklat dalam peti sejuk,” katanya semalam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.