Dr M: Mansuh Akta GST, berita palsu bulan depan

Dr M: Mansuh Akta GST, berita palsu bulan depan

Perdana menteri berkata, 2 akta itu antara yang akan dimansuhkan dalam penggal pertama Parlimen ke-14 akan bersidang selama 20 hari, mulai 16 Julai depan.

PUTRAJAYA:
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan Akta Anti-berita Tidak Benar 2018 akan dimansuhkan dalam Dewan Rakyat yang mula bersidang bulan depan.

Perdana menteri berkata, penggal pertama Parlimen ke-14 akan bersidang selama 20 hari, mulai 16 Julai depan.

“Kita akan mansuhkan Akta Anti-berita Tidak Benar. Ia akan dikaji oleh ahli Parlimen dan akan mengadakan perbahasan dengan niat untuk mansuh akta ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Perdana Putra hari ini.

Beliau berkata, pelantikan speaker Dewan Rakyat akan diadakan pada hari pertama persidangan, iaitu 16 Julai nanti.

Putrajaya melaksanakan 0% GST mulai 1 Jun lalu dan ia akan digantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mulai September ini.

Sementara itu, Dr Mahathir mengumumkan pelantikan bekas ketua audit negara, Tan Sri Ambrin Buang untuk mengetuai Jawatankuasa Siasatan Khas Isu-isu Tadbir Urus Perolehan dan Kewangan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.