
Hari bapa menjadi salah satu sambutan yang dinanti-nanti kebanyakan kita.
Sekurang-kurangnya, hari ini kita akan dapat mengenali bapa rakan-rakan di laman sosial selepas dikongsi sempena Hari Bapa ini.
Figura bergelar bapa bukan sekadar untuk disambut, mereka pasti memiliki kualiti yang jauh lebih hebat untuk dihargai dan dikenang.
FMT Ohsem mengambil peluang ini untuk memetik 5 bapa Bollywood yang paling cool dan sihat dengan rutin kecergasan yang mantap untuk tatapan pembaca.
Mungkin selepas in anda boleh pujuk bapa anda turut terlibat dalam aktiviti kecergasan sebagainya pelaburan kesihatan mereka.
1. Hrithik Roshan

Lihat sahaja otot sasa pelakon yang digelar dengan tubuh ‘Greek God’ ini, tak perlu lagi berkata apa-apa. Semuanya bukan datang dengan mudah malahan Hrithik melakukan pelbagai rejim kecerdasan sejak muda sebelum melibatkan diri dalam dunia lakonan. Bapa kepada 2 anak ini menjadi ‘fit’inspirasi kepada pelakon muda era 90an selain masih menjadi pelakon lelaki kesukaan wanita. Rejim kecerdasan Hrithik termasuk senaman gym, angkat berat dan crossfit. Hrithik juga seorang yang sukakan makanan, dan dia mempunyai minat terhadap makanan manis seperti coklat dan and krim. Tapi itu bukanlah makanan utamanya, Hrithik memilih diet ikan, penkek, bayam, telur dan pasta untuk pemakanan harian.
2. Karan Johar

Karan Johar bukan sahaja figura BFF di Bollywood, malah bapa kepada 2 yang sangat komited dengan rejim kecerdasan. Kalau tak, tak mungkinlah pengarah dan penerbit Kabhie Kushi Kabhie Gam ini boleh hilang 14kg dalam masa hanya 4 bulan. Kisah penurunan mendadak hasil senaman yang agresif ini menjadi tajuk dunia kecerdasan di India. Karan melakukan senam agresif termasuk kardio air dan angkat berat. Senaman kardio air lebih sukar kerana kurangnya graviti dan membantu membina otot pada kadar cepat. Diet Karan termasuk sayur-sayuran organic, protein dan mengelak sepenuhnya karbo serta gula.
3. Shahid Kapoor

Pelakon yang juga bapa kepada 2 merupakan seorang lagi contoh terbaik menjaga kesihatan tubuh. Shahid mengekalkan tubuh atletik dengan melakukan pelbagai senaman membabitkan kardio dan angkat berat. Dia jugs aktif dengan aktiviti renang, yoga, seni pertahanan diri dan treadmill. Shahid memastikan ke gym 6 hari seminggu. Manakala diet Shahid, ehem dia merupakan pemakan vegetarian!
4. Akshay Kumar
Seorang lagi bapa dan pelakon yang Ohsem kerana mempunyai pakej lengkap dalam pelbagai aspek. Seorang chef bertauliah dan pelatih tali pinggang hitam Taekwondo, Akshay tentu sekali inspirasi bagi lelaki Bollywood dan peminatnya. Dikenali sebagai seorang yang sangat berdisiplin, Akshay mengamalkan rutin senam yang pelbagai. Sejam setiap hari, lelaki ini tak pernah ketinggalan untuk bersenam. Dari segi diet pula, Akshay akan makan malam sebelum pukul 7 petang dan ke katil 2 jam selepas itu. Dia bangun seawal 4.30 pagi untuk latihan yoga dan seni pertahanan diri serta meditasi.
5. Anil Kapoor

Pada usia 61 tahun, bapa kepada 3 orang anak ini tentunya merupakan inspirasi kecerdasan Bollywood. Salah seorang bapa yang fit, Anil banyak memberi penekanan kepada paten pemakanan. Dietnya kurang gula, kaya protein,mineral dan karbohidrat until tenaga. Ini tak bermakna Anil tidak bersenam, malah dia membelanjakan beberapa jam untuk aktiviti kecerdasan. Ia termasuklah berbasikal, angkat berat, jogging, kardio dan hot yoga.