Anak Rais Yatim sertai PPBM

Anak Rais Yatim sertai PPBM

Bekas pemimpin Pemuda Umno Jelebu itu menyertai PPBM di satu majlis rumah terbuka parti, seminggu selepas bapanya menjadi ahli.

Free Malaysia Today
Syed Saddiq (kiri) dan Danni memegang bendera parti di rumah terbuka.
PETALING JAYA:
Danni Rais, anak bekas menteri Tan Sri Rais Yatim, menyertai Pemuda PPBM hari ini, ketika parti itu mahu meluaskan pengaruhnya di Negeri Sembilan.

Bekas pemimpin Pemuda Umno Jelebu ini menyertai PPBM di satu majlis rumah terbuka anjuran NGO, Yayasan Budi, di Jelebu, Negeri Sembilan.

“Saya gembira dengan masa depan kita akan akan bekerja keras untuk membina parti kita dari bawah,” kata Danni, 31, yang mengetuai badan bernama Organisation for National Empowerment.

Keputusan menyertai parti Tun Dr Mahathir Mohamad ini seminggu selepas bapanya menjadi ahli.

Free Malaysia Today
Rais Yatim (kiri), Syed Saddiq dan Danni (kanan) di rumah terbuka di Jelebu.

Rais, penasihat hal ehwal sosial dan budaya kepada kerajaan lepas, menyertai PPBM selepas dia disiasat Umno kerana mengkritik parti.

Pengumuman sebelum ini mengatakan Rais disingkir, dan walaupun parti kemudian menjelaskan Rais sebenarnya disiasat bawah peraturan disiplin, kejadian itu menimbulkan kemarahan Danni, yang menyifatkan ia sebagai satu tamparan kepada ahli parti yang setia berdekad lama.

Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata parti mahu merekrut Danni sebelum pilihan raya 9 Mei lalu.

“Saya sangat gembira akhirnya ia menjadi kenyataan,” kata Saddiq, yang ada di majlis itu untuk menyambut Danni.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.