KDN semak semula pelaksanaan projek besar

KDN semak semula pelaksanaan projek besar

Ketua setiausaha kementerian, Alwi Ibrahim berkata langkah itu selaras dengan penambahbaikan tadbir urus dan usaha kerajaan merasionalisasikan perbelanjaan.

Free Malaysia Today
Salah satu projek terbabit ialah Projek Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN). (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyemak semula pelaksanaan projek yang mempunyai implikasi kewangan besar terhadap negara.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata langkah itu adalah selaras dengan penambahbaikan tadbir urus dan usaha kerajaan merasionalisasikan perbelanjaan.

“Projek tersebut termasuk Projek Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) dan projek lain,” katanya.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengambil alih tampuk pemerintahan selepas menang dalam pilihan raya umum Mei lepas mendedahkan hutang negara mencecah RM 1 trilion.

Untuk mengurangkan pinjaman negara, Dr Mahathir juga mengumumkan beberapa projek mega menelan kos berbilion ringgit seperti Laluan 3 Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) dibatalkan .

Selain itu, perdana menteri juga mengumumkan untuk memansuhkan agensi dan instusi berkaitan kerajaan juga dibubarkan bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan, termasuk Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Majlis Profesor Negara (MPN).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.