
“Ya.. beliau ialah Datuk Mohamad Ariff Md Yusof,” katanya ringkas kepada pemberita apabila ditanya tentang identiti speaker baru itu selepas pertemuan dengan pimpinan kerajaan Sarawak pagi ini.
Akhbar New Straits Times melaporkan Ariff berkata, beliau masih menunggu surat pelantikan rasmi ke jawatan tersebut.
“Kita perlu tunggu dan lihat sekiranya surat itu dikeluarkan esok. Terlalu hampir (dengan sesi Parlimen yang dijadualkan pada hari Isnin).
“Saya tidak fikir (surat itu akan dikeluarkan) pada hari Ahad,” katanya kepada NST.
Ariff bakal menjadi speaker Dewan Rakyat kesembilan.
Beliau bersara daripada badan kehakiman Malaysia pada awal 2015.
Sebelum ini beliau merrupakan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya pada 2008, kemudian dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi sebelum menjadi hakim Mahkamah Rayuan pada 2012.
Beliau meninggalkan khidmat guaman dari 1993 ke 1995 untuk menyertai Suruhanjaya Sekuriti yang baru ditubuhkan ketika itu dan menjadi pengarah Jabatan Pemantauan Pasarannya yang pertama.
Ariff dan seorang lagi bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Seri Mohd Hishamuddin Yunus sebelum ini disebut-sebut antara nama yang dipertimbangkan untuk jawatan tersebut.
Turut disebut ialah Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul tetapi beliau dilaporkan menolak pencalonan itu.
Kini, bekas hakim pula dijangka pegang jawatan speaker Dewan Rakyat
Kulasegaran: Tidak umum nama Speaker lebih awal tidak jejas sidang
Bukan salah saya kamu tak ikut peraturan, Najib jawab pelantikan speaker
Speaker Dewan Rakyat ialah ahli Parlimen demi ‘rasa tanggungjawab’