
Dalam kenyataan saksi perbicaraan saman fitnah yang difailkan oleh Maria terhadap Jamal, beliau berkata media sosial adalah sumber rujukan dirinya membuat tuduhan kepada pengerusi pertubuhan itu.
“Saya membaca laporan di media sosial seperti blog dan Facebook bahawa arwah suami Maria terlibat dengan aktiviti keganasan IS.
“Saya tiada membawa sebarang bukti yang mengaitkan tuduhan tersebut ke mahkamah hari ini,” katanya.
Terdahulu, Jamal yang juga pengerusi NGO 1Malaysia didakwa membuat kenyataan berunsur fitnah dalam satu sidang media pada 28 September 2016 dengan mengaitkan Bersih bekerjasama dengan kumpulan pengganas IS.
Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab mengingatkan Jamal agar tidak menyamakan perbicaraan mahkamah seperti kedai kopi.
“Datuk Seri kena ingat ini mahkamah bukan kedai kopi. Setiap jawapan uang diberikan perlu diberikan bukti dan rujukan sebagai sokongan,” tegasnya.
Maria ditahan polis bersama 14 lain pada 18 November 2016 beberapa jam sebelum perhimpunan Bersih 5 diadakan.
Polis kemudiannya memberitahu, beliau disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma), yang biasanya melibatkan kesalahan berkaitan terorsime.
Polis mendakwa menemui dokumen yang mendorong mereka mengesyakki beliau mungkin terlibat dengan kegiatan yang berbahaya kepada demokrasi berparlimen di Malaysia, satu kesalahan di bawah Seksyen 124(c) Kanun Kesiksaan.
Maria menolak dakwaan bahawa arwah suaminya Yunus Lebai Ali merupakan seorang pengganas kerana hubungan beliau dengan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).
Perbicaraan dijadual bersambung 2 minggu lagi.