Dr M mahu tahu posisi Australia mengenai Sirul

Dr M mahu tahu posisi Australia mengenai Sirul

Dr Mahathir Mohamad tidak berbincang secara khusus dengan dengan menteri luar Australia berhubung ekstradisi bekas pegawai UTK terbabit.

Free Malaysia Today
Australia tidak membenarkan ekstradisi Sirul Azhar Umar yang disabitkan kesalahan membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu.
KUALA LUMPUR:
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau tidak berbincang secara khusus dengan Menteri Luar Australia, Julie Bishop mengenai ekstradisi bekas pegawai Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar.

Dalam pertemuannya dengan Julie yang dijangka minggu ini, Dr Mahathir berkata beliau hanya mahu tahu posisi Australia berhubung isu itu.

“Saya mahu mengetahui apa posisi Australia mengenai perkara ini,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Pada 8 Jun lalu, Dr Mahathir berkata kerajaan tidak membuat permohonan agar Sirul yang disabitkan kesalahan membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu, diserah balik kepada negara ini.

Beliau berkata, bekas anggota polis yang dijatuhi hukuman mati atas pertuduhan membunuh itu tidak dibenarkan dihantar pulang.

Mengulas mengenai kejadian gempa bumi di Lombok, Dr Mahathir berkata pegawai kedutaan Malaysia di Indonesia kini sedang berusaha untuk tentukan keselamatan rakyat Malaysia di negara terbabit.

“Tetapi kita juga ingin memberi bantuan sedikit pertolongan kepada rakyat Indonesia yang jadi mangsa,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.