Jalur lebar berbaloi pertengahan tahun depan, kata Gobind

Jalur lebar berbaloi pertengahan tahun depan, kata Gobind

Menteri komunikasi dan multimedia berkata jalur lebar lebih berkualiti dan lebih murah akan diperkenalkan 2019.

KUALA LUMPUR:
Rakyat akan menikmati perkhidmatan jalur lebar lebih berkualiti dengan harga lebih murah menjelang pertengahan tahun depan, mengikut perancangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Menteri Gobind Singh berkata kerajaan komited menyelesaikan isu-isu berbangkit terutama pengguna yang tidak berpuas hati dengan langganan pakej jabur lebar oleh syarikat-syarikat telekomunikasi.

“Terlalu ramai yang mengadu membayar pakej dengan harga yang tinggi tetapi liputan internet tidak laju. Mereka semenangnya tidak berpuas hati dan itu adalah tidak bagus untuk pengguna.

“Saya sudah berjumpa dengan pihak-pihak berkaitan dan saya komited serta yakin kita dapat menyelesaikan masalah ini dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita di ruang legar bangunan Parlimen hari ini.

Gobind berikrar mengusahakan sistem jalur lebar dua kali lebih panas pada separuh harga selepas pengguna mengadu kualiti perkhidmatan di Malaysia jauh berbeza dengan negara maju.

Menteri berkata kerajaan sekarang ini sedang mengusahakan langkah mengawal harga liputan internet.

“Setakat ini, seperti saya katakan dalam Dewan Rakyat, kita akan turunkan sebanyak 25% menjelang hujung tahun ini tetapi ini baru fasa pertama.

“Kita mungkin akan dapat lihat perubahan harga dan kualiti perkhidmatan itu menjelang pertengahan tahun depan berdasarkan pemerhatian kita,” katanya.

Gobind mahu wujudkan jalur lebar lebih pantas, pada separuh harga

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.