
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata penubuhan jawatankuasa itu hanya “one off” dan tidak kekal.
“Ia mungkin berlangsung selama 5 bulan seperti dicadangkan di Kabinet dan selepas 5 bulan ia akan keluarkan satu laporan.
“Laporan itu akan diambil Kabinet untuk membantunya buat reformasi dalam pentadbiran Islam,” katanya ketika ditemui di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini.
Beliau berkata jawatankuasa itu akan mengundang parti-parti politik, NGO dan individu untuk memberi maklum balas dalam penghasilan laporannya.
CEP sebelum ini dilaporkan mengundang beberapa aktivis dan agamawan untuk mendapatkan maklum balas mengenai pembaharuan ke atas institusi agama Islam.
Hari ini dilaporkan Majlis Raja-raja menyetujui penubuhan jawatankuasa untuk menambah baik semua institusi Islam peringkat persekutuan.
Jawatankuasa itu dipengerusikan bekas ketua setiausaha negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan timbalannya, Datuk Dr Afifi al-Akiti yang juga felo di Oxford Centre for Islamic Studies.
Manakala keahlian jawatankuasa itu terdiri daripada Profesor Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA); bekas mufti Johor, Datuk Nooh Gadot dan bekas ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz.
Mujahid berkata penubuhan jawatankuasa itu juga dipersetujui Kabinet.
“Penubuhan jawatankuasa itu satu kehendak kerajaan PH dan kehendak Raja-Raja Melayu dipertemukan dengan satu persetujuan. Kabinet lulus, Majlis Raja-raja lulus,” katanya.
Jawatankuasa ‘pembaharuan Islam’ Raja-Raja Melayu bertindih dengan CEP?