
Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pengkorporatan bererti lebih autonomi kepada pembuat keputusan, persekitaran lebih canggih untuk kakitangan dan pembayaran gaji yang lebih setimpal, yang akan diterjemahkan kepada pengutipan hasil yang lebih berkesan.
“Kastam akan menjadi organisasi yang bertaraf dunia,” kata bekas timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri I ini pada sidang media di ruang legar Parlimen hari ini.
Pengkorporatan itu sepatutnya dilaksanakan pada Januari tetapi ditangguhkan sementara menanti hasil kajian oleh kastam, kata Ketua Pengarah, Datuk Seri Subromaniam Tholasy.
Cadangan perkorporatan kastam masih diteliti pentadbiran setakat Mac lepas, menurut ketua setiausaha Perbendaharaan ketika itu, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Sebelum ini, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli bimbang pengkorporatan kastam akan menyebabkan kakitangan hilang pencen bulanan, dan menggesa langkah itu dihentikan serta-merta.