
Azucena Rodriguez Zamora, yang dipilih sebagai ahli kongres untuk bahagian timur Veracruz, diculik ketika sedang memandu di lebuh raya di Hidalgo, kata seorang pegawai polis.
Menurut pegawai polis itu, kereta yang dipandu mangsa bersama 2 lagi penumpang terbalik selepas ditembak, beliau kemudiannya dilarikan lelaki bersenjata manakala 2 lagi rakannya cedera.
Ia adalah kes penculikan ke-2 di Hidalgo, pada 6 Ogos lalu Datuk Bandar Naupan, di Puebla ditemui mati selepas diculik.
Sekurang-kurangnya 152 ahli politik dibunuh menjelang pilihan raya yang dianggap paling ganas dalam sejarah negara Mexico, menurut firma perunding Etellekt.
Kebanyakan yang menjadi sasaran ialah ahli politik peringkat tempatan, sebaik hari pendaftaran calon dibuka dan pembunuhan dipercayai dilakukan anggota sindiket dadah.
Mexico dilanda gelombang keganasan sejak kerajaan mengerahkan tentera untuk memerangi rangkaian dan sindiket pengedaran dadah pada 2006. Sejak itu, lebih 200,000 orang dibunuh manakala 30,000 lagi hilang.