
Kalau ke China, berhati-hati makan ikan salmon kerana ia mungkin bukan ikan salmon yang sebenar.
Penggemar ikan di China kini berdepan krisis sama ada mereka sedang menikmati “sashimi salmon” atau sebaliknya selepas wartawan “The Paper” mendedahkan sebaliknya.
Menurut laporan AFP, ikan trout pelangi kelihatan seakan-akan seperti salmon tetapi saiznya lebih kecil dengan badan berbintik.

Mulanya, sebuah stesen televisyen membuat liputan mengenai pembiakan ikan salmon air tawar di sebuah kolam ternak di dataran Tibet, di selatan China, menyatakan satu pertiga konsumsi ikan salmon di China berasal dari kawasan itu.
Namun, pengguna media sosial mempersoal selepas mengesan ikan tersebut bukan daripada spesies ikan salmon sebaliknya merupakan ikan trout pelangi.
Ekoran itu, wartawan The Paper melakukan penyiasatan dan mengesahkan perkara tersebut.
“Ternyata mereka dari spesies yang berbeza dan kesan pengambilan ikan trout pelangi sebagai ikan salmon juga berbeza.” lapor akhbar itu.